Teknologi Hijau | Terengganu komited tarik pelaburan

2022-10-27 0

Kerajaan Negeri Terengganu komited menarik pelabur dari dalam dan luar negara termasuk dalam pembinaan ladang solar bagi merangsang pertumbuhan ekonomi negeri itu.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau Negeri,Dr Mamad Puteh, inisiatif itu juga mampu mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.